Monday 17 February 2014

Sukan

        Kebanyakkan remaja zaman sekarang melibatkan diri mereka dalam sukan kerana mereka fikirkan bahawa sukan akan membuat mereka berasa popular. Ini mungkin kelihatan seperti perkara yang tidak berfaedah, tetapi sukan terdapat faedah-faedah lain yang mungkin terlepas dari perhatian. Zaman dahulu,remaja sering melepak dan membuat hal sendiri, tetapi remaja sekarang hanya duduk di rumah bersama teknologi terbaharu.Dengan televisyen, internet dan media sosial yang menjadi lebih popular, remaja hari ini lebih sering menghabiskan masa mereka berseorang diri daripada bercampur bersama rakan-rakan ataupun ahli keluarga mereka.
                          
 
          Jika remaja melibatkan diri mereka dalam sukan, ini akan memberi mereka peluang untuk keluar daripada tempurung dan bersosial bersama orang lain.Selain membuat kawan baru, mereka juga akan mempelajari bagaimana untuk berinteraksi,berkerja sebagai satu pasukan dan akan didapati berguna untuk masa hadapan. Dan ia juga membuatkan remaja rasa lebih aktif dari sebelumnya. Supaya mereka akan senantiasa berfikir dan bergerak.

           Salah satu masalah yang serius dalam masyarakat kami sekarang adalah masalah obesiti. Ini bukan sahaja masalah bagi orang dewasa kerana sekarang semakin ramai remaja mempunyai masalah berat badan. Penyertaan mereka dalam sukan akan membantu mereka untuk berlatih tanpa berasa tertekan untuk menguruskan berat badan mereka. Pada satu masa, jika mereka menyedari bahawa keadaan fizikal mereka tidak memuaskan, mereka akan lebih bermotivasi untuk membuat aktiviti- aktiviti yang sihat untuk mengekalkan keadaan fizikal yang lebih baik. 
        Seringnya, ketika remaja mahu mula melibatkan diri mereka dalam sukan, mereka akan memilih sukan yang lebih lasak seperti luncur air,mendaki bukit , berlari dan lain-lain lagi. Ini kerana sukan-sukan tersebut amat mencabar dan dalam hidup kemasyarakat yang sering berdaya saing. Dengan ini ia akan meningkatkan keyakinan diri and ketabahan diri mereka. 
        Ada remaja yang meminati sukan lebih mendalam.Mereka akan mengambil sukan itu dan menjadikan sebahagian daripada diri mereka.Remaja yang seperti ini yang akan menceburi ilmu sukan lebih mendalam lagi. Dan suatu masa hari nanti ,remaja-remaja inilah yang akan membangunkan nama negara dalam Sukan Olimpik.
        Pada zaman sekarang, ibu bapa susah untuk beriadah dan membri sokongan kepada anak-anak kerana mereka  masing-masing sibuk dengan tanggungjawab seharian. Walau bagaimanapun, ibu bapa harus mencari masa untuk anak-anak mereka. Ibu bapa boleh memulakan dengan aksi yang ringan seperti beriadah bersama anak-anak mereka. Ini bukan sahaja mengeratkan silaturrahim tetapi juga dapat meningkatkan kekuatan fizikal. 
                  Lebih-lebih lagi,sekarang,pusat komuniti akan mengadakan larian bersama-sama pada setiap hari Ahad.Mereka boleh memasuki berlari anak-anak ataupun larian persaingan.Bagi menarik perhatian orang ramai,mereka berusaha mendapatkan ribuan baju sukan,pingat dan barang-barang yang percuma.
         Dengan keseluruhan, sukan akan memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang melakukannya dan kami harap remaja akan melibatkan diri mereka dalam sukan daripada membuat perkara yang tidak berfaedah.